Make your own free website on Tripod.com


Penyokong Umno pertikai kenyataan Mustafa
 
JELI,  Mei (Hrkh) - Beberapa penyokong Umno di sini mempertikaikan kenyataan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed kononnya ekonomi negara semakin pulih sekarang.

Sedangkan menurut mereka, pada hakikatnya ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan kritikal yang menyebabkan harga bahan mentah di Malaysia seperti harga getah dan kelapa sawit jatuh secara mendadak sehingga ramai penoroka jadi miskin.

Seramai 10 pemuda yang mengelar dirinya 'Kumpulan Banteras Pembohongan' di kalangan pemimpin Umno cuba membongkarkan segala pembohongan yang dilakukan pemimpin parti itu sebelum ini.
Ketua kumpulan berkenaan, Rohidin Musa bekas ahli jawatankuasa Umno di Ayer Lanas berkata, pelbagai taktik digunakan pemimpin Umno untuk menyatakan pembohongan mereka termasuk melalui majlis-majlis dialog.

Katanya, baru-baru beliau berpeluang menghadiri dailog Umno bersama pegawai kerajaan Persekutuan dengan Penasihat Kementerian Kewangan itu, dan dapat meneliti setiap hujah yang dinyatakan cukup meleset.

"Pada majlis tersebut Dato' Mustafa memberi penerangan mengenai apa yang berlaku terhadap ekonomi Malaysia sekarang.

"Tokoh tersebut tetap mempersalahkan pihak lain yang menyebabkan ekonomi jatuh lagi dan bukan disebabkan tangan-tangan pemimpin utama mereka di Kuala Lumpur," katanya di sini.
Ekoran itu, beliau berkata, tergerak di hatinya untuk memberitahu orang ramai terutamanya penyokong Umno di Jeli mengenai pembohongan dilakukan pemimpin Umno sekarang.
"Dulu saya sering menafikan apa yang diperkatakan oleh para penceramah PAS dan KeADILan mengenai keadaan ekonomi negara, namun sekarang baru mengetahui keadaan sebenar," ujarnya




Diterbitkan oleh:Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Kelantan