Make your own free website on Tripod.com


Kelantan promosi semula 'pesta wau'
 
KOTA BHARU, 5  Julai - Kerajaan Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) akan meningkatkan promosi bagi mempopularkan kembali Pesta Wau Antarabangsa Kelantan yang menjadi acara tradisi di sini sejak sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Pelancongan, Kebudayaan dan NGO, Haji Anuar Tan Abdullah berkata, bermula tahun ini kerajaan negeri akan mempertingkatkan promosi agar pesta Wau Antarabangsa Kelantan bagi menambah lagi penyertaan beberapa negara luar.

Katanya, Pesta Wau Antarabangsa 2001 akan dipinda dari lokasi asal di Pantai Sri Tujuh, Tumpat ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Pesta wau kali ini akan diadakan bermula 12 hingga 15 Julai 2001.
Kata beliau, setakat ini hanya peserta dari Jepun sahaja mengesahkan akan menyertai pesta tersebut.

Manakala selebihnya adalah peserta dari negeri-negeri lain termasuk mewakili sekolah menengah dan rendah di Kelantan.

"Di samping itu juga kita berharap masyarakat berbilang kaum termasuk Cina, India dan Siam turut menyertai pertandingan dan pameran wau kali ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan wau gergasi sebagai tanda bermulanya Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2001 di depan TIC, petang 3 Julai lalu


Diterbitkan oleh:Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Kelantan