Lidah Pengarang ADDIN (Rabiul Akhir 1422)

Kerajaan PAS Kelantan mencatat sejarah, berjaya meminda Perlembagaan negeri Kelantan pada 3 Rabiul Akhir 1422 (25 Jun 2001) lalu. Meskipun usaha kerajaan negeri melalui jalan sukar menuju cita-cita meminda perlembagaan, namun berkat doa dan komitmen tinggi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar bersama-sama kepimpinan yang lain serta dokongan padu rakyat Kelantan; yang sukar digagahi jua sehingga berjaya. 

Di sebalik usaha meminda perlembagaan yang bertujuan menyelaras dan menerima pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994 dulu, berlaku segelitir puak mencemar maruah rakyat Kelantan. Puak tersebut berselindung di balik nama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. Namun semua rakyat tahun, puak itu adalah tidak mewakili keseluruhan rakyat negeri ini. Puak itu tak lebih daripada golongan penyibuk yang berlapikkan keghairahan Datuk Paduka Ibrahim Ali, bekas pengikut setia Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden Parti Semangat 46 yang telah dikuburkan pada tahun 1996 dulu. 

Sebelum dan selepas berlaku persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, dua Adun Barisan Nasional (BN) telah mengeluarkan kenyataan berpura-pura mendakwa persidangan dewan tidak sah. Sebenarnya dakwaan itu lahir daripada akikatnya mereka telah tahun bahawa persidangan itu telah sah. Namun atas sifat mereka pembangkang, maka berbagai-bagai alasan dihebahkan menerusi media milik BN, kononya sidang tidak sah tanpa perkenan sultan. Sedangkan pakar undang-undang semua memahami bahawa perkenaan sultan hanya perlu ketika mana satu cadangan tarikh persidangan untuk tempoh satu-satu sesi mengikut apa yang diangkat oleh pihak kerajaan. Bermaknanya, tarikh-tarikh mesyuarat dalam suatu sesi yang telah diperkenan sebenarnya tidak perlu perkenaan sultan. Oleh kerana sesi persidangan bagi tahun 2001 ini telah diperkenankan pada awal tahun dulu yang telah diserta cadangan mesyuarat bagi suatu tempoh, iait pada bulan Februai, Jun dan Oktober. Maka untuk mengadakan mesyuarat sebagaimana tarikh pada bulan-bulantersebut, padan dengan surat Speaker Dewan mengeluarkan suatu notis mesyuarat dan apa-apa butiran yang menjadi agenda mesyuarat padan dengan makluman sahaja kepada pihak sultan. Natijah perkara ini sebenarya telah dihurai dengan halusi oleh Sdr Takiyudin Hassan, ahli exco kerajaan negeri ketika membentangkan usul tergempar bagi menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sidang dewan kali ini sebagai tidak sah. 

Walau apapun dakwaan mengelirukan daripada pihak tertentu, apa yang jelas rakyat, lebih-lebih lagi pendokong PAS telah begitu bersyukur dan amat puashatii. Tunggu lagi bila perkara yang dipinda itu akan matang untuk dilaksanakan. Ramai yang berkeyakinan, betapa semangat mahukan kepada pindaan itu begitu melonjak, maka demikianlah tingginya pengharapan rakyat terhadap sultan mahukan pindaan itu diperakukan dengan kadar yang segera. 

Sesungguhnya, semangat yang melonjak bagi meminda perlembagaan itu telah jelas bersinar tatkala pembentangan usul pindaan itu pihak Tuan Guru Menteri Besar telah dengan nada sebak mengemukakan hujah-hujah bagi menyempurnakan usul pindaan perlembagaan. Suatu perasaan sebak yang memanifestasikan perjalanan kerajaan lebih daripada 10 tahun seringkali dicampuri sewenang-wenangnya. Alhamdulillah, kesemuanya mampu diungkap dengan jilah oleh TuanGuru Dato’ Menteri Besar. Tunggu lagi, para pendokong PAS dan rakyat Kelantan keseluruhannya menunggu hasil daripada usaha meminda perlembagaan itu. Mudah-mudahan, Allah SWT mempermudahkan segalanya urusan hambaNya.


Diterbitkan oleh:Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Kelantan