Exco Kelantan Lulus Draf Pindaan Perlembagaan Negeri
 

KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini meluluskan draf cadangan pindaan perlembagaan negeri membabitkan kuasa raja dan takrif kuasa kerajaan negeri untuk menasihati Sultan.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata draf itu dipersetujui sebulat surat oleh anggota Exco.

"Alhamdulillah, kerajaan telah meluluskan kertas Exco dan draf cadangan pindaan perlembagaan untuk dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (dalam tempoh) yang terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini.

-- Dipetik dari BERNAMA