Sultan Kelantan Rasmi Sidang DUN Kelantan Kali Ke-3

KOTA BHARU, 29 Okt - Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan kali ke-10 dirasmikan Sultan Kelantan pagi tadi. Perasmian persidangan itu diadakan diadakan kira-kira jam 10.30 pagi.

Sebelum acara perasmian bermula baginda Sultan memeriksa pembarisan kawalan kehormatan oleh Pasukan Gerak Am yang berpangkalan di Pengkalan Chepa.

Sultan Kelantan menyampaikan titah ucapan diraja bagi merasmikan persidangan tersebut.
Ketibaan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat.

Tiga enakmen termasuk anggaran Belanjawan Kelantan 2002 akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) kali ini. Selain itu, dua enakmen lagi akan turut dibentang iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan kedua (2001) Tahun 2001 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (Pindaan) Tahun 2001. Persidangan tersebut dijangka berlangsung selama empat hari.
Sebelum ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohamad Yusof Hassan berkata, sebanyak enam soalan bertulis dan 35 soalan lisan (mulut) akan dijawab pihak kerajaan sepanjang persidangan tersebut berlangsung.
Persidangan Dun Kelantan bagi membentang anggaran belanjawan negeri 2002 merupakan paling awal berbanding negeri-negeri lain