PERSATUAN PEKERJA ISLAM KELANTAN

Khidmat ~ Kebajikan ~ Jayadiri ~ Ukhuwwah ~ Kerohanian

 

KENYATAAN AKHBAR

Persatuan Pekerja Islam Kelantan terkejut terhadap pendedahan melalui kenyataan media oleh YB. Takiyuddin Hassan (Exco Kerajaan Kelantan) berhubung dengan tindakan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai badan berkanun kerajaan negeri kerana tidak mematuhi Perkeliling Pekhidmatan Bilangan 8 / 1995, mengenai penyusunan semula hari dan masa bekerja jabatan di bawah Kerajaan Negeri.(Utusan Malaysia 29 Januari 2001)

Keenganan pihak MAIK mematuhi perkeliling tersebut mengambarkan pkegagalan pihak MAIK menjaga kebajikan kakitangannya, khususnya bagi menikmati kemudahan cuti dua hari seminggu sebagaimana yang dilaksanakan oleh semua jabatan atau agensi kerajaan negeri yang lain, adalah lebih mendukacitakan lagi Yang DiPertua MAIK sekarang disandang oleh salah seorang Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan. Adalah tidak adil kepada kakitangan MAIK yang lain, apabila Yang DiPertua dapat menikmati kemudahan cuti 2 hari seminggu, sedangkan kakitangan hanya 1 hari seminggu.

Selaku seorang Pegawai Tertinggi Kerajaan, yang diberi amanah dan tanggung jawab melaksanakan dasar dan keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan, beliau semestinya peka dengan segala polisi Kerajaan Negeri dan jangan bersikap seperti duri dalam daging kepada Kerajaan Negeri.

Persatuan juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan akhbar oleh YB. Takiyuddin Hassan berhubung dengan larangan mana-mana Pegawai atau kakitangan kerajaan mengeluarkan sebarang kenyataan awam sebagaimana mengikut Peraturan 19 (1) Perintah Am.

Sehubungan itu Persatuan mendesak Kerjaan Negeri Kelantan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya keatas pegawai kerajaan yang melanggar mana-mana Perintah Am.

Sekian terima kasih.

WAN NIK YUSOFF NGAH

Presiden,

Persatuan Pekerja Islam Kelantan.

 

Rujukan : PPIK : 1/2001. (PS)

Kota Bharu: 4 Zulkaedah 1421 / 29 Januari 2001.