Laman Khas Laporan Persidangan Parlimen: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Alternatif Negeri Kelantan


 

KEMBALIKAN STATUS-QUO STU - Cadang YB Bachok.
Ucapan pada 26 Mac 2002 di Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup masa, cukup masa Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Okeylah, Yang Berhormat hendak cakap.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin mendapat penjelasan dan persetujuan pihak Yang Berhormat. Kalau kita kembali kepada status quo STU itu diterima kepada kemasukan Al-Azhar. Tetapi dengan kewujudan STAM ini, telah menamatkan kelayakan STU dan dalam negara kita sendiri pun, STU itu juga telah diterima oleh UKM sebagai satu kelayakan masuk untuk Tahun Satu. Persoalannya, apakah salahnya pihak kementerian untuk mengekalkan status quo penerimaan Al-Azhar atas Sijil STU ini di samping STAM juga diterima. Ini kerana, menggambarkan suatu pendekatan progresif Kementerian Pendidikan dalam mengembangkan lagi medan untuk pendidikan kita.

Yang keduanya juga, statement yang dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat berhubung dengan punca kegagalan pelajar-pelajar kita di Al-Azhar sana oleh kerana background nya adalah STU, pada pandangan saya dan saya menyokong pandangan daripada Ahli Yang Berhormat bagi Pasir Mas tadi, ia adalah tidak tepat. Tidak ada satu kajian yang empirical sebenarnya. Yang jelasnya ialah, pendekatan pelajar kita berkelompok, dalam kalangan pelajar-pelajar daripada Semenanjung, pergi ke sana pun, mereka bergaul dengan pelajar yang sama, tidak terdedah dengan sosialisasi Arabiah dan Mesir itu sendiri. Itu di antara faktornya. Jadi, asas ini tidak di justify secara politik pendidikan tetapi politik kepartian. Minta penjelasan.