Polemik Kerajaan Negeri Kelantan  dan Istana: Untuk Siapa

Ketandusan hubungan baik pihak kerajaan Negeri Kelantan pimpinan To' Guru dan Istana merupakan satu cerita yang silih berganti dan tidak habis dibukukan. Diperbetulkan ada yang tergigit; dibiarkan ada yang terus menggigit. Diibaratkan seperti menarik rambut di dalam tepung, kerumitannya terus memeritkan bahu yang memikul.Kenampakan di mata rakyat isunya telah reda dan tidak pergolakan tetapi angkara siapakah maka persefahaman yang sentiasa dicanangkan  seakan menemukan dengan terowong kegelapan yang tidak berkesudahan.

Kejadian pada awal bulan ini (Januari 2001)  nyata memberi satu gambaran bahawa rakyat perlu bertanya untuk siapakah semua ini. Satu mesyuarat melibatkan beberapa Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri serta rakan sejawatnya dari Jabatan Perhutanan Negeri telah diadakan berikutan permohonan Ke Bawah Duli Al Sultan untul mendapatkan tanah seluas 50,000 ekar di Lebir dan Cabang Tongkat, Machang.

Mesyuarat Tanah Kesultanan (Sultanate Land) telah dipengerusikan oleh TMB YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman disertai exco termasuk YB Ustaz Mohammad Daud Iraqi, YB Haji Takiyuddin Hassan dan YB Haji Omar Mohammad. Perbincangan ini menyaksikan YB Haji Takiyuddin dan YB Ustaz Mohammad menampakkan ketidaksetujuan masing-masing beralasankan tanah-tanah ini meliputi Hutan Dara (Forest Reserve) dan Kawasan Tadahan Hujan Negeri Kelantan yang mana boleh menambahkan lagi krisis air dan sekaligus membuka ruang yang lebar untuk pihak Pembangkang di Kelantan khususnya UMNO untuk menempelak kerajaan negeri di bawah pimpinan To' Guru di atas faktor ini. (Akibat daripada pandangan ini menyaksikan kedua-dua exco  berkenaan telah ditarik bintang masing-masing oleh Ke Bawah Duli Al Sultan.

Persoalannya untuk siapakah ini dan dimanakah Sultan yang dikatakan pembela nasib rakyat jelata. Konsep kerajaan rakyat untuk rakyat seakan dicarik-carikkan  dan ini meninggalkan kerajaan Negeri khususnya To' Guru terus teraba-raba dan dalam seribu keresahan  dalam mencari formula terbaik untuk berhadapan dengan suasana ini. Pihak yang sentiasa ingin mencari ruang atau peluang  untuk menyerang seakan menunggu-nunggu untuk satu matlamat terakhir yang jika tidak kena gaya merobek-robekkan satu kerajaan rakyat yang telah dan sedang dibina  sejak lebih sepuluh tahun lepas. Semoga Allah menjauhi dari berlakunya keburukan ini dan memberikan kekuatan  untuk To Guru khususnya menghadapi tekanan ini.

Kami sebagai golongan profesional anak Kelantan di United Kingdom dengan penuh kesedaran mengharapkan rakyat negeri Kelantan DarulNaim faham dan terus matang bahawa inilah permainan politik yang cuba melaga-lagakan Kerajaan Negeri dan Istana semata-mata untuk keuntungan peribadi / musuh Islam sekaligus menjarakkan Kemenangan Islam yang kita sama-sama citakan.Takbir

Golongan Profesional Anak Kelantan UK