Lebih  4,000 beraya bersama MB

KOTA BHARU: Lebih 4,000 penduduk tempatan dan luar Kelantan menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitri bersama Menteri Besar, di masjid Kampung Pulau Melaka dekat sini.

Sebahagian besar mereka terpaksa mengerjakan solat di luar bangunan masjid disebabkan ruang dalam penuh sesak. Tuan Guru mengimami dan menyampaikan khutbah Aidil Fitri yang cuba mengimbau kembali amalan baik yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan lalu.

"Dengan berpegang kepada amalan agama, umat Islam akan terhindar daripada melakukan perkara-perkara tidak baik," katanya. Selepas menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan rumah terbuka yang turut dihadiri rakyat berbilang kaum dan agama.

Pengerusi Majlis Perunding Agama Kelantan, Loo Choo Siang ketika ditemui berkata, beliau gembira berada di bawah pentadbiran seorang ulama yang mentadbir negeri. "Saya menyokong penuh pemerintahan yang diketuai Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekarang dan berharap beliau mengekalkan pemerintahannya," katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Agama berkenaan, Rev Rodney Siew berkata, Menteri Besar sekarang turut mendapat sokongan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Seorang lagi anggota dari majlis tersebut, Chan Loke Yee memberitahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz sentiasa memberi perhatian terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan.

 Orang ramai yang hadir pada majlis rumah terbuka tersebut dilayan sendiri oleh Menteri Besar dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Sementara itu, Sultan Kelantan menunaikan solat Aidil Fitri di Masjid Muhamad