|
MEMORANDUM DARIPADAMARKAS
SISWAZAH KELANTAN (MSK) KEPADA YBHG.
SOHIBUS SAMAHAH DATO’ HAJI ABDULLAH
Dengan
penuh hormat dan takzimnya MSK ingin menarik perhatian serta tindakan
tegas YBhg. Sohlbus Samahah Dato' Mufti berhubung dengan beberapa
isu yang berkaitan dengan
kesucian agama Islam yang berlaku di Kelantan akhir-akhir ini.
MSK
yang mewakili Siswazah-siswazah dan Mahasiswa-mahasiswa Kelantan
sangat prihatin terhadap perkara ini kerana :
Menyedari
hakikat ini, berdasarkan Sekysen 36 (1) Enakmen Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, yang memperuntukan
bahawa mana-mana orang dengan secara bertulis boleh meminta Majlis
mengeluar Fatwa tentang apa-apa masalah tentang Hukum Syara’ atau Adat
Istiadat Melayu Kelantan, dan apabila permintaan seumpama itu diterima,
Setiausaha hendaklah segera mengedarkannya kepada Pengerusi Jamaah Ulama. Maka
pihak kami bertindak berdasarkan seksyen tersebut mendesak agar
pihak YBhg. Sahibul Samahan Dato’ Mufti
mengeluarkan fatwa mengenai perkara berkenaan demi mengelakkan
kekeliruan dan kerosakan aqidah umat Islam. Sehubungan
dengan itu, pihak kami mendesak YBhg Sahibul Samahan Dato Mufti
agar menggunakan kuasa sebagai Pengerusi Jamaah Ulama’ yang diperuntukan
dalam Seksyen 33 (1) enakmen yang sama bagi menasihat Majlis untuk
mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut. MSK
dengan ini mengharapkan satu keprihatinan dan tindakan yang tegas serta
segera daripada YBhg Sahibul Samahan Dato’ Mufti
untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut sebelum program
itu diadakan, demi mempertahankan maruah Islam dan nama baik Ke Bawah Duli
Al Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kelantan. Dengan
hormat dan ikhlas kami yang bertanda tangan di bawah adalah mewakili
pendirian seluruh Siswazah dan Mahasiswa Negeri Kelantan yang cintakan
Islam .
Tandatangan |