
Mengapa
Pandangan
Majlis
Mufti Disanggah?
Pandangan
Majlis Mufti-mufti Kebangsaan berkenaan pengaruh negatif hasil tayangan
Bollywood dipandang begitu sinis serta disanggah oleh masyarakat awam dan
akademik. Mengapa boleh jadi demikian?. Di mana salahnya.
Kedudukan dan Peranan Mufti
Peranan para
mufti atau para ulama’ sepatutnya dihormati dan dipercayai oleh rakyat
dalam dalam apa jua yang mereka sarankan, tetapi malangnya di Malaysia hal
sedemikian adalah sebaliknya. Mufti sebenarnya mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam tradisi Islam. As-Syatibi berpandangan bahawa mufti mengambil
peranan yang dimainkan oleh Nabi SAW. Ini kerana mereka mewarisi keilmuan
Nabi dan berperanan menyampaikan hukum Islam kepada orang ramai. (Lihat Al-Muafaqat: Kaherah,
Subaih (t.t), Jld 4, ms 126) . Perana mereka bolehlah dikatakan
menyerupai perana Muadz Bin Jabal yang diberi hak memberi fatwa berkenaan
hukum Islam semasa berjauhan dengan Nabi SAW.(Lihat
Muhammad al-Khudari, Usul al-Fiqh,
Kaherah, al-Maktabah al-Tijariah al-Kubra, 1962, ms 410 )
Menurut
undang-undang Pentadbiran Hukum Islam di Malaysia. Mufti boleh bertindak
secara pro-aktif atau berasaskan permintaan mana-mana pihak. Bagaimanapun
fatwa hendaklah dibuat melalui satu Jawatankuasa Syariah yang dipanggil
bersidang oleh mufti, kemudian fatwa tersebut mestilah diwartakan.(Lihat Seksyen 30 dan 33 Enakmen Pentadbiran Hukum Syariah NS 1991)
Mengapa Mufti disanggah
Tajuk utama
Utusan Malaysia begitu jelas memaparkan bahawq pandangan Mufti disanggah.
Kenyataan mufti mengenai pengaruh negatif Bollywood tersebut juga dibidas
oleh orang awam, Penggiat Filem, Ahli Akademik dari Fakulti Seni, Media
dan persembahan. Walaupun demikian pandanagn Mufti disokomng pula oleh
Pertubuhan Pelajar Islam, NGO seperti Teras, ABIM dll.
Saya kira,
sebab-sebab berikut mungkin menjadi punca kenyataan mufti disanggah serta
tidak dihormati:
1.
Pandangan mufti tersebut terlalu khusus atau kecil skopnya,
mereka meninggalkan kritikan dan pertikaian pengaruh negatif daripada
Filem-filem Barat dan Hong Kong dll. Mereka sepatutnya harus lebih
berhati-hati dan memberi pandangan yang komprehensif terutamanya apabila
pandangan tersebut ‘melawan arus’ minat dan kecenderungan awam dalam
sesuatu perkara.
2.
Mufti dan Badan-badan Islam sering disalahkan oleh kerajaan dalam
tindakan mereka, ‘trend’ ini kini dituruti oleh rakyat jelata. Malah
Mufti kerap kali digambarkan membuat kesilapan oleh media kerajaan dan
kerajaan sendiri walaupun mereka memperkatakan yang benar. Umpamanya kes
Bekas Mufti Selangor, Datok Hj
Ishak Hj Baharom dalam isu tangkapan 3 orang Melayu yang menyertai
pertandingan ratu cantik. Selain itu kes
‘kesilapan’ Jabatan Agama Islam Selangor dalam menangkap individu
Melayu Islam di PUB The Ship atas tduhan menghina Islam. Keadaan ini
menyebabkan imej badan-badan Islam buruk dan kelihatan tidak ‘up to
date’ dan tidak profesional dalam tindakan mereka. Inilah akibat
pengaruh negatif budaya meminggirkan Islam di Malaysia.
3.
Peranan dan Kewibawaan Institusi Ulama’ kian dipinggir dan tidak
dirasai peranannya oleh Masyarakat. Bukan sekadar masyarakat malah
kerajaan sendiri tidak menghormati pandangan mufti. Umpamanya dalam kes
Tugu Negara yang diputuskan oleh Majlis Fatwa suatu masa dulu sebagai
haram, tetapi ianya tidak
diwartakan akibat bantahan kerajaan BN. Sehingga hari ini, menurut
pandangan rakyat kebanyakkan, peranan mufti hanyalah membaca doa di
majlis-majlis rasmi kerajaan atau mengendalikan majlis-majlis tahlil VIP,
mendoakan pemergian Sultan atau VIP tertentu dan beberapa tugasan kecil
lain, tidak lebih dari itu. Hal ini, menyebabkan kelayakan mereka tidak
diletakkan dalam urusan sebenar.
4.
Terdapat juga kumpulan Masyarakat yang tidak mengetahui kewibawaan para
mufti dan memandang mereka sebagai sebuah badan ‘pengacau’ dan
‘pencabar’ kepada industri hiburan tanahair yang berselindung
disebalik nama ‘seni’. Semua berpunca daripada semangat
‘hedonisme’ yang semakin membuak dengan kemasukan para penyanyi
antarabangsa bersama
konsert-konsert muzik ‘hits’ mereka.
5.
Kedudukan Islam dan ‘Islamic Konwledge’ semakin dipinggirkan oleh
dasar-dasar sekular kerajaan Barisan Nasional menyebabkan teguran-teguran
terhadap hiburan dianggap tidak tepat dan mengarut. Minat rakyat kepada
Pengetahuan Islam semakin mencetek terutamanya apabila ulama’ berwibawa
dan diminati ramai di’gam’. Ini menyebabkan peminggiran semakin nyata.
Keadaan semakin buruk apabila pelajar-pelajar lepasan Agama gagal mencari
pekerjaan akibat bidang mereka tidak diinginkan oleh ‘Pembangunan
Material Negara’ tajaan UMNO/BN. Syarikat-syarikat besar tidak langsung
ingin mewujudkan satu unit kegamaan dalam syarikat besar mereka untuk
bertanggung jawab dalam memastikan akhlak para pekerja terjaga dan
seterusnya menepati ciri pekerja amanah. Lalu, bidang pengajian agama akan
kesepian kelak.
6.
Majlis Mufti terlalu ‘senyap’ dan ‘terlena’ dalam pelbagai masalah
dan isu negara tiba-tiba dalam isu Bollywood mereka menyatakan pandangan.
Maka ini memeranjatkan dan sukar diterima oleh rakyat kerana Majlis
tersebut tidak mempunyai ‘track records’
atau imej yang baik sebelum ini dan peranan sangat jarang dilihat.
Kita ingin mempersoalkan mengapa Majlis ini tidak bersuara dalam pelbagai
isu besar yang berlaku seperti :
1.
Pemisahan Islam dan politik.
2.
Pengamalan politik suku agama suku.
3.
Siaran keagamaan yang begitu sedikit di dalam TV.
4.
Keghairahan media massa dan penerbitan majalah-majalah
menyiarkan bahan berbentuk semi lucah.
5.
Keterlibatan pelaburan wang amanah di dalam industri haram.
6.
Ekonomi berteras riba di bawah sistem konvensional dan banyak
lagi.
7.
Peminggiran hukum Islam.
8.
Gejala Murtad yang berleluasa.
9.
Penyelewengan hukum syariah daraipada yang sebenarnya.
Sebagai
contoh sila rujuk Akta Mahkamah
Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah ) menyatakan hukum yang bertentangan
dengan hukum Islam sebenar seperti:
Bahagian IV,
Seksyen 21dan 23;
1.
Mana-mana perempuan yang melacurkan
dirinya dan dithabitkan kesalahan.
Hukuman : Denda tidak lebih RM 5000, Penjara tidak lebih 3 tahun
atau sebat tidak lebih 6 kali
sebatan.
2.
Mana-mana orang perempuan
yang melakukan persetubuhan dengan
orang lelaki yang BUKAN suaminya yang sah serta dithabit kesalahannya.
Hukuman :
Denda tidak lebh RM 5000, Penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat dengan
tidak melebihi 6 kali sebatan.
Allah SWT
sangat murka terhadap apa-apa undang-undang yang dibuat sendiri oleh
tangan manusia kemudian dinamakan dengan nama-nama Islam seperti Mahkamah
Syariah seolah-olah undang-undangnya datang dari Allah. Allah SWT
berfirman :
Kecelakaan
besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu
mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata:
"Ini ialah dari sisi
Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan
dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa
yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa
yang mereka usahakan itu.
(Al-Baqarah
: 79 )
Saya begitu yakin para mufti
tentu faham akan tafsir ayat ini. Apakah pandangan mufti terhadap perkara ini?.
Sekurang-kurangnya
majlis mufti-mufti kebangsaan aktif dalam memberikan
pandanagn membina dalam pelbagai sudut kehidupan dari perspektif Islam
kepada masyarakat. Apa yang menyedihkan majlis mufti kelihatan begitu
takut sekali untuk bercanggahan pandangan dengan pemerintah. Dalam kes
Bollywood, Datuk Dr Ismail Ibrahim selaku
Pengerusi Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa kenyataan tersebut bukan
kenyataan rasmi Majlis Fatwa. Lantas apakah kenyataan rasminya?, adakah
Pengerusi Majlis Fatwa menghalalkan kebanjiran rancangan Bollywood di
Malaysia dan menyatakan tiada mudharat daripadanya?!.
Mufti pula
hanya berdiam diri sehingga kelihatan ‘pengecut’ dan akur tanpa
bantahan dengan suara awam. Ini menggambarkan pandangan mereka sememangnya
kurang tepat dan kebanyakan mereka tidak ingin mempertahankan hujjah
mereka kecuali Datuk Seri Harussani
Zakaria yang kemudiannya bersetuju sekiranya seluruh stesyen
Televisyen ditutup. Memang benar, YB
Dato’ Kamaruddin Jaffar ( Ahli Parlimen Tumpat ) pernah mengutarakan
persoalan pecahan peratusan rancangan yang diterbitkan di Televisyen
semasa persidangan Dewan Rakyat 2000 dan jawapan Kementerian begitu
mengejutkan iaitu stesyen TV samada TV1,2, TV3 dan NTV7. Semuanya
mempunyai rancangan pembinaan berunsur agama kurang daripada 8% dan NTV 7
mempunyai 0 % rancangan agama.
Dalam keadaan
Institusi Mufti masih banyak persoalan kewibawaan tiba-tiba Pengerusinya
sibuk mengulas pertemuan tertangguh PAS-UMNO ‘Perpaduan Melayu- versi
UMNO’ yang tiada kena mengena dengan bidang tanggungjawab utamanya.
Mengutarakan pandangan persis pimpinan UMNO.
Justeru, demi
mengembalikan kewibawaan majlis Mufti yang kelihatan tiada tentuan arah
tujunya hari ini adalah lebih baik sekiranya hali-ahlinya ditambah dengan
ulama’-ulama’ antarabngsa yang iada kepentingan di Malaysia seperti
ulama-ulama’ terkenal Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Dr. Mannaq Qathan,
Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr. Said Ramadhan al-Buti dan ramai lagi.
Oleh,
Zaharuddin
Hj Abd Rahman
Email
: zaharuddin@yahoo.com
Tarikh
: 22 Februari 2001
Diterbitkan oleh:Lajnah
Penerangan & Dakwah PAS Kelantan |