Untuk download,
klik sebelah kanan 'mouse' pada fail download, pilih 'save
target as' dan pilihlah nama fail dan dimana nak disimpan.
Fail Download akan hanya berada di server selama 14 hari dari
tarikh kuliah/ceramah.
Kelantan
Cadang Guna Teknologi Turki Selesai Masalah Air KOTA BAHARU, --
Kerajaan negeri Kelantan bercadang menggunakan teknologi dari
Turki untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang
dihadapi di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Turki
mempunyai kepakaran dan teknologi terkini terutama jentera
pengepam air berbanding dengan negara-negara Eropah.
"Mereka bukan sahaja mempunyai kepakaran teknologi itu
tetapi juga mampu membina lebih 58 buah empangan yang
mengkagumkan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat
di Pejabat PAS di sini, Jumaat.
Nik Aziz berkata cadangan itu timbul hasil lawatan kerjanya
selama 10 hari ke Turki untuk meninjau kemajuan teknologi
negara itu dalam usaha mencari jentera pengepam air yang lebih
canggih dan termoden.
Beliau yang kembali ke Kelantan petang semalam, berkata dalam
lawatan itu beliau sempat mengadakan pertemuan dengan wakil
kementerian air Turki bagi tujuan itu.
Katanya dalam rundingan itu, Turki bersetuju membekalkan
jentera pengepam air dan akan ke Malaysia terutamanya ke
Kelantan tidak lama lagi.
-- Laporan BERNAMA
Kempen Setengah Juta Tandatangan
http://www.petitiononline.com/mpk2001
Majlis Perpaduan Negeri Kelantan (MPK) mengadakan
KEMPEN MENGUMPUL SETENGAH JUTA TANDATANGAN untuk meminta Ke
Bawah Duli Al-Sultan bagi memperkenankan PINDAAN PERLEMBAGAAN
NEGERI KELANTAN yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
pada 25hb Jun 2001.
Buku DOKUMEN NEGARA ISLAM Parti Islam Se Malaysia Maklumat lengkap pendirian PAS mengenai
Negara Islam yang sebenarnya. Sila dapatkan segera dengan
harga RM 3 dengan menghubungi Kedai Kita Semua & Trading
di nombor telefon 09-7431341.
RENUNGAN/TAZKIRAH
Sabda
Nabi S.A.W dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz,
maksudnya:
"
Ketahuilah
bahawa roda Islam itu berputar, maka ikutilah roda Islam
itu sesuai dengan rentak pusingannya.Ketahuilah bahawa Al-Quran
dan kekuasaan (negara dan agama) akan berpecah, maka
janganlah pisahkan dirimu daripada al-Quran. Ketahuilah
bahawa kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang
memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja
dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari
perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu, dan jika
kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. "Para
sahabat bertanya: "Apa yang harus kami perbuat wahai
Rasulullah?" jawab Nabi: "Buatlah seperti para
sahabat Isa bin Maryam a.s. Mereka telah digergaji dengan
gergaji dan digantung di atas kayu (salib). (Sesungguhnya)
mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada
hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah." -
Riwayat Ishak Ibn Rahawiyah -
Sebagai menjawab kekeliruan mengenai kenyataan
"barua" oleh Tok Guru Nik Aziz
seperti yang disiarkan oleh RTM, maka pihak PAS
Kelantan menyiarkan kembali klip audio penuh
ceramah Tok Guru yang dipetik sebahagiannya
oleh RTM tersebut. Ceramah itu disampaikan oleh
YAB Tok Guru pada 12 Februari 2002 di PUTIK
Kelantan sekembalinya Tok Guru dari Kubang Bok,
Baling. Sila
klik link di sini untuk mendengar